JLT ke-25 di Janda Baik
Bismillah..
Hai apa khabar kawan-kawan semua? Saya doakan anda semua baik-baik aja.
Hari ini saya nak bercerita tentang JutawanEmas Leadership Training ke-25 yang baru sahaja berlangsung pada 9-11 Februari 2018 di Janda Baik.
Alhamdulillah. Sekali lagi saya diberi peluang menjadi committee member.
Peluang yang ada, jangan dipersiakan. Saya gunakannya sebaik mungkin. Kerana ini merupakan platform yang terbaik untuk saya belajar banyak perkara.
JLT ke-25 ini dihadiri oleh participant pelbagai negeri iaitu Public Gold dari Kedah, Penang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan. Tidak lupa juga dari negara Indonesia dan Singapura.
Kali ini saya sebilik bersama staf Public Gold dari Jakarta, Indonesia. Namanya Nor Komalasari panggilnya Mala. Waduhh.. orangnya manis, baik dan teman-teman di Indonesia boleh berurusan dengannya nanti.

JLT kali ini saya diberi tugas mengendalikan sesi Outdoor pada hari pertama dan emcee untuk hari ke-2. Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Aktiviti outdoor yang dilakukan merupakan aktiviti pertama yang dilakukan secara berkumpulan. Tujuannya supaya ahli kumpulan dapat berkenal mesra dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Nak berkampung bersama 3 hari 2 malam kan, so kerjasama itu penting.
Tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal baru lah mesra kann?




Disamping mengendali kelancaran program berlangsung, saya turut sama dapat mendengar dan mempelajari ilmu dan tips yang di kongsikan oleh 3 Mentors – Mahaguru Syukor Hashim, Mama Azizah dan En Zulkifli.
Saya kongsikan sedikit moment indah di JLT ke-25, Janda Baik.




