2 Strategi Menang Dalam Pelaburan Emas

Assalam kawan-kawan.

Hari ni saya ada dapat perkongsian baru dari mentor emas saya, En Syukor Hashim. Beliau berkongsi tentang ‘2 strategi menang di dalam pelaburan emas’.

Strategi ini sangat penting bagaimana untuk kita memaksimumkan keuntungan kita dengan simpanan emas. Secara tak langsung, kita boleh mengumpul kekayaan kita tanpa kita sedar.

Strategi pertama:

Beli emas secara konsisten.

Setiap bulan kita kena beli emas minimum 1gram. Kita kena paksa diri kita. Dapat sahaja duit gaji, tolak untuk simpanan dahulu, selebihnya barulah dibelanjakan.

Kenapa? Supaya kita dapatkan harga purata belian emas kita. Contoh: belian bulan pertama, harga emas RM178 segram, bulan kedua RM183 segram dan bulan ketiga RM186 segram. Maka purata harga emas bagi 3 bulan ini adalah RM182 sahaja. Ini dipanggil pemurataan harga emas.

Teruskan membeli setiap bulan. Di dalam jangka masa panjang (lebih dari 3 tahun), strategi sangat bagus dan anda MESTI digunakan. Selepas 3 tahun, anda boleh lihat berapa jumlah kekayaan telah anda miliki. Saya yakin, anda pasti tersenyum lebar 🙂

Strategi kedua:

Beli emas apabila ada retracement (penurunan harga).

Jika ada penurunan sekitar RM5 segram, anda dah boleh beli. Walaupun harga emas berkemungkinan boleh turun lagi selepas anda beli (atau boleh naik balik), namun RM5 / gram adalah permulaan yang baik.

Sebagai contoh, bulan Oktober ke November harga emas naik sehingga RM178 (Emas GAP price).

Kemudian harga emas turun, kepadaRM173 (Emas GAP).

Lihat graf pergerakan harga emas di bawah.

 

Kalau ada duit lebih, boleh pakai strategi kedua SEKARANG sebab harga emas hari ini hanya RM173 segram.

Inilah masa terbaik menambah simpanan. Ahaaa.. jangan lupa beritahu kawan-kawan yang baru nak belajar saving emas. Sesuatu kebaikan kita kongsikan bersama ya.

Kalau ada persoalan, tanya saya ok.

-Suzie Isa-

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *