EMAS Mula Mendaki Tinggi Di Pasaran. Hari ini RM251 segram.
Apabila emas mula melonjak harga, minat terhadap emas turut disokong langkah mengelak risiko pelaburan di pasaran global, pasaran saham global yang lemah dan penyusutan dolar AS.
Ia berikutan langkah pelabur beralih kepada aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai penularan coronavirus, setelah kegusaran sebelum ini mengenai kesan perang dagang Amerika Syarikat (AS)-China serta ketidakstabilan geopolitik global.
Bila ekonomi tak menentu, pelabur-pelabur akan selamatkan kekayaan mereka kepada emas sebab ia dianggap sebagai “safe heaven” asset. Bila ekonomi kembali ok, pelabur akan tinggalkan emas dan masuk semula ke pasaran lain seperti saham.
Tentang naik turun harga emas ni, saya cuma percaya satu perkara sahaja iaitu bukan nilai emas yang naik turun, TETAPI duit kertas (wang fiat) itu yang naik turun.
Emas terbukti zaman-berzaman sebagai penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia, sedangkan duit kertas terbukti gagal dalam menyimpan nilai.
Dalam jangka masa pendek, emas akan naik dan turun. Tapi dalam jangka masa panjang, emas akan tetap dalam kedudukan yang terus naik.