GAP Dari Kacamata Syariah
Assalam …
Selamat Petang kepada semua Pembaca kesayangan saya ..
Saya doakan tuan puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik & murah rezeki.
Ok. Hari ini saya nak kongsi satu tulisan yang menarik dari rakan dealer PG, Ustaz Khairul Basri mengenai akaun GAP dari Kacamata Syariah.
Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100 sahaja.
Kaedah yang digunakan ialah :
1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).
2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).
3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.
Sijil Patuh Syariah Bagi Transaksi GAP
GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor Sdn Bhd.
Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.
Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.
1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.
2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.
3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.
4. Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?
5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.
6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.
7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.
8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.
9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.
10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.
11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.
12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.
Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was 🙂
Simpanlah sekurangnya 1 gram 1 bulan. Ianya tidak membebankan. Yang penting, istiqomah. Jadikan tabiat. Pasti hasilnya tidak akan mengecewakan.. ?