Simpanan Untuk Anak
Simpanan untuk anak-anak harus dibuat setiap bulan.
Iyea… sebaiknya dibuat setiap bulan. Biar sikit, janji istiqomah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jika saya boleh cadangkan, ada 2 jenis simpanan wajib bagi anak-anak yang mesti diambil berat oleh ibu bapa.
1. Simpanan pendidikan.
2. Simpanan bagi menunaikan haji.
Simpanan pendidikan adalah simpanan jangka panjang. Jika diambil kira simpanan itu ialah dari usia ketika lahir sehingga SPM, maka ia adalah untuk tempoh 17 tahun atau 204 bulan.
Untuk simpanan pendidikan, saya memilih emas fizikal kerana ianya tahan lama dan tahan inflasi. Saya yakin, simpanan emas sebanyak minimum 204 gram emas, boleh menampung kos ijazah pertama di universiti.
Anak-anak saya tidak perlu membuat pinjaman PTPTN lagi.
Simpanan bagi menunaikan haji juga amat penting buat anak-anak. Yang paling penting adalah minimum RM1300 dan pendaftaran haji WAJIb dibuat secepat mungkin selepas akaun Tabung Haji dibuka.
Ini akan mempercepatkan giliran mereka menunaikan haji kelak.
Selain daripada 2 jenis simpanan di atas, ia adalah terletak pada pertimbangan dan kebijaksanaan ibu bapa sekelian.