Harga Premium Caj Emas Public Gold (Terkini)

Semua emas fizikal yang dibeli di Public Gold, tertakluk kepada premium caj yang telah ditetapkan mengikut saiz/berat emas. Public Gold sentiasa menerapkan  konsep ‘Adil dan Saksama’ (Fair and Square) kepada para pelanggan yang membeli emas samada saiz kecil atau besar.

Bermula hari ini 1 Ogos 2017, harga premium caj yang baru akan dikenakan.

Mengapa harga ini terpaksa dinaikkan?

Antara sebabnya ialah:

1. Kos pengangkutan dari Turki ke Malaysia telah meningkat. 

Peningkatan ini bukan pertama kali. Jika sebelum ini, pihak Public Gold masih mampu menanggung kenaikan kos tanda ada apa-apa caj tambahan kepada semua pelanggan Public Gold.


2. Matawang Ringgit Malaysia lemah.

Apabila berurusan dengan pihak Nadir Metal Rafineri, Turki, semestinya bukan matawang Ringgit Malaysia (RM) yang digunapakai. Impak dari kadar pertukaran wang asing dengan RM yang lemah menyebabkan pihak Public Gold terpaksa menetapkan harga baru ini.


3. Harga tidak pernah dinaikkan.

Sejak 2008, Public Gold tidak pernah menaikkan harga premium caj ini. Ini merupakan kali pertama harga ini dinaikkan. Kita sedia maklum, keadaan ekonomi semasa di Malaysia sejak GST diperkenalkan, kenaikan harga bahan mentah, bahan makanan, minyak, gula, tepung dan macam-macam lagi.. semuanya naik harga entah ke berapa kali dah kan?

Kesimpulan disini.. saya rasa kenaikan ini masih relevan dan tidak membebankan para penyimpan emas. Harga emas Public Gold masih lagi antara termurah di Malaysia dan menguntungkan kita sebagai penyimpan emas!

Jangan jadikan ini alasan untuk kita tidak menyimpan emas okay ?


Nota jari: setiap masalah ada penyelesaiannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *