7 TABIAT NEGATIF Yang Ada Pada Orang Gagal Untuk Mencapai Impian

Assalam Pembaca semua… 

Hari ini Kak Suzie nak kongsikan tips dalam bisnes. Selalu kita cerita mengenai tentang hal-hal positif aja kan? Sedangkan tanpa kita sedari, ada perkara-perkara negatif yang berlegar-legar disekeliling kita yang boleh menggagalkan kita mencapai impian kita.

Disini Kak Suzie nak senaraikan 7M tabiat negatif yang perlu kita jauhi..

1. Malu
Malu untuk berkongsi atau memberitahu apa yang sedang anda jalankan, hanya akan membunuh karier anda sebagai usahawan. Tak perlu malu atas apa yang anda buat walau jual sebiji kuih bahulu sekali pun.

2. Malas
Tak pernah lagi dengar orang malas berjaya. Dan logiknya hanya mereka yang konsisten sahaja yang akan berjaya tempah nama di puncak kejayaan.

3. Marah
Orang yang punyai mindset yang berjaya, mampu mengawal emosi dengan baik. Dan mereka menerima segala dugaan dan cabaran dari sudut yang positif dengan melihat salah diri mereka sendiri.

4. Merajuk/Manja
Bukan yang dimaksudkan sifat semulajadi wanita, akan tetapi merajuk manja yang dimaksudkan ialah mereka tak dapat menerima teguran mentor atau orang lain dengan rasional. Cepat melenting dan mudah berputus asa.

5. Menyalahkan
Kita harus ingat…. 1 jari telunjuk tunjuk pada orang, 4 jari terkait pada diri sendiri. Orang yang hebat sentiasa salahkan diri sendiri. Bukan orang lain. Sebab logiknya, kita gagal adalah sebabnya kita, kita berjaya pun sebabnya kita. Bukan orang lain.

6. Menyombong
Bila tak boleh ditegur dan dikritik, maka mula menyombong bodoh. Lagi-lagi menyombong dengan mentor atau malas pergi majlis ilmu. Percayalah, amat susah untuk jadi orang yang berjaya. Jangan sombong dengan ilmu, jangan lokek duit dengan majlis ilmu. Salah satu sebab perniagaan anda tidak berkembang, adalah selalu memberi alasan untuk menuntut ilmu.

7. Mengharap
Jangan amalkan sikap spoonfeed. Semua ilmu perlu disuapkan. Adab berguru biar kita mencari guru bukan guru mencari kita. Dan jangan mengharap orang lain datang bantu anda sebaliknya anda perlu berusaha bantu diri anda sendiri.

Jika 7M ini masih bersarang dalam diri anda, nescaya akan wujud M ke-8 yang terakhir iaitu Menyesal kerana orang lain sudah jauh melangkah, anda masih ditakok yang lama.

Untuk berjaya, kuburkan 7M ini. Ia akan memudah anda melakar kejayaan dengan mindset yang betul dan positif.

Kak Suzie doakan anda semua ‘Selamat Maju Berbisnes dan Berjaya’.

Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *