Jenis Ketulenan, Karat dan Kualiti Emas

Bismillah..

Antara soalan yang selalu orang tanya saya:
“Apakah perbezaan emas 24K, 22K atau 20K?”

Sebelum saya teruskan, saya akan terangkan apakah maksud ‘K‘ itu.
‘K’ itu membawa maksud Karat. Karat adalah sistem pengukuran tahap ketulenan/keaslian emas. Ketulenan emas diukur berdasarkan jumlah peratus emas yang terkandung dalam suatu logam.

Emas dikenali sebagai logam yang sangat istimewa dan memiliki sifat unik. Sesuai dengan sifat uniknya, semakin tinggi ketulenan emas itu, semakin lembut fizikal logamnya. Oleh sebab itu, emas harus dicampur dengan logam lain seperti perak, tembaga atau logam lain untuk dibentuk menghasilkan emas perhiasan yang memiliki ketahanan/kekuatan tinggi supaya lebih lasak untuk dipakai atau melakukan aktiviti harian.

Untuk penerangan lebih lanjut, mari kita mengenal istilah “kadar” dalam emas. Karat merupakan tahap ketulenan emas, atau jumlah kandungan keaslian emas. Kadar emas dalam “karat”. Kadar 24 karat dinyatakan sebagai emas asli. Jadi, emas kadar 22 karat bermaksud tahap ketulenannya adalah 22/24 x 100% atau sekitar 91.6%. Lebihan 8.4% adalah campuran logam lain.
Oleh itu, apabila emas kadar 22 karat dengan berat 15 gram maka kandungan emas tulennya adalah: 22/24 x 15 = 13.75 gram sahaja.

Saya sediakan jadual karat berdasarnya kadarnya dibawah untuk kefahaman  tuan puan.

24 K = 99.99% = 999/999.9
23 K = 95.83% = 958
22 K = 91.66% = 916
21 K = 87.50% = 875
20 K = 83.33% = 833
19 K = 79.16% = 791
18 K = 75.00% = 750

Saya harap penerangan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan tuan puan tentang sifat emas dan ketulenannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *